Kamis, 29 September 2011

KERANA TERLALU SAYANG by Islam Itu Indah

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya. Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka
bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya. Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu suatu penyiksaan. Bukan kita menghalang ketentuan Allah, tapi kerana terlalu sayang… terlalu sayang. Sayang itulah ikatan kita dan dia, jika tidak, biar berjauhan sekalipun, kita tidak merasakan apa-apa. Tegarnya Allah ‘merampas’ kekasih kita, begitukah Allah, suka melihat kita
berduka? Tidak. Kita yang melihat diri sendiri, justeru jika kita yang berduka, maka kita yang menilai. Antara sayang kita kepada dia dan sayang Allah kepada dia, yang mana lebih bernilai? Sanggupkah kita bertanding dalam mengukur sayang kita dengan sayang Allah? Usahkan sanggup atau tidak, layak pun sudah tiada. Allah cuma cebiskan sifat sayang sesama hamba dengan kadar yang sedikit, itupun sudah meronta-ronta kehilangan, sedangkan, di sisi Allah, sayang itu lebih bermakna dan bernilai. Biarlah, dan redhalah, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat. Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripa Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit. Doakan semoga rohnya bahagia di sana, bersama dengan mereka yang telah pergi, dan bersama dengan baktinya buat kita dahulu. Berdoalah agar penamat baginya ialah syurga yang tersergam indah itu, agar, dia bisa mempersiapkan sebuah mahligai untuk menyambut kehadiran kita kelak. Utuskan salam alfatihah, sebagai peneman yang kita utus untuk menjaganya. Tapi, usah kita lupa, Allah sentiasa menjaganya. Kadang-kadang kesyukuran kita belum cukup atas segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Sebab itulah, Dia mengambil kembali nikmat dan anugerah itu. Mungkin juga, kehilangannya menyebabkan kita lebih memahami erti tawakkal, justeru,
itu satu lagi ujian buat kita. Dia sudah pergi, bersama dengan kasih yang kita resmi. Segala kenangan kita dan dia di dunia, kita basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’. Tidak wajar kita berbungkam, dengan langkisau yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang
telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang. Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan. Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima. Atau kita lebih terbelajar untuk tidak terlalu menyayangi, tidak terlalu mencintai. Kerana itu akan membuatkan kita hilang kualiti peribadi. Saat kehilangan, apa yang harus difikirkan lagi. Segerakan persiapan, tabahkan jiwa, dan runtunkan hati untuk lebih menerima. Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa
kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu. Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan. Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita. By: Hafizul Faiz

Selasa, 20 September 2011

HANTU BONCENG: LPF DAN FINAS PERLUKAN PANEL SYARIAH YANG AKTIF by: Islam Itu Indah

1. Sungguh menyedihkan! Ramai pihak sangat kesal dengan kelemahan ketara yang berlaku dalam Lembaga Penapisan Filem [LPF] di bawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan juga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS] di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [KPKK] sehingga membenarkan filem-filem yang berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan untuk tontotan umum. 2. Filem terbaru yang mengandungi unsur menghina Islam adalah “Hantu Bonceng” yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak [Zizan RL]. Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut “Asyhadu anna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. 3. Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan. Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih
berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam. 4. Dewan Pemuda PAS turut mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di dalam LPF ataupun diperingkat FINAS sendiri mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi ini ? apa yang ditapis selama ini ? penapis apa yang mereka pakai ? penapis tea ? atau penapis cendol yang berlubang besar ? sehingga masih banyak adegan yang “menyenakkan mata” dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan. 5. Lebih malang, pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa -apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam. Sedih sungguh kami dibuatnya. Apalah erti dan makna wujudnya pihak berkuasa agama ? sebelum ini, JAKIM seperti tiada kuasa dan tiada apa yang boleh dilakukan malah untuk menerima memorundum pun tidak berkeupayaan apabila tercetus isu penghinaan terhadap Islam dan syariatnya oleh Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara. 6. Lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen samaada melalui chanel RTM ataupun chanel swasta seperti Astro terus bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh
pihak berkuasa agama. Apa sudah jadi ? Apakah pihak berkuasa agama tidak menyedari perkara ini ? jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya ? 7. Kerajaan juga selayaknya serius melihat perkara ini. Jangan
biarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini. Sebelum ini, peka benar kerajaan terhadap isu Kalimah Allah, Isu Gereja dan isu komunis yang tidak wujud. Kenapa dalam perkara ini pihak kerajaan dan jabatan Agama kelihatan seperti “mati pucuk” ? tidak tahu dan tidak berupaya bertindak selayaknya. 8. Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis pandu yang berlandaskan Syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan FINAS, filem-filem yang lebih “luar biasa” akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak-pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku. Bukan sahaja kepada filem tempatan yang semakin hari semakin memperlihatkan kepada umum bagaimana hilangnya nilai seni, moral, adab serta adat ketimuran tetapi juga kepada filem luar [asing] yang mengundang kepada keruntuhan moral, akhlak, pemikiran dan budaya masyarakat kita. 9. Justeru, Dewan Pemuda PAS meminta pihak FINAS mahupun LPF untuk mewujudkan panel syariah yang berauthoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam. Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara lansung di dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulamak seperti mufti atau pihak berkuasa Agama seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [JAKIM] terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem. Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulamak untuk melepaskan diri. 10. Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada para artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur- unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada para ulamak . Perkara ini juga mesti dilakukan oleh pihak penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini. Semoga industri filem negara terus maju dan berkembang ke serata dunia dengan membawa imej negara yang baik dan gemilang tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak semata -- mata untuk dijadikan tangkal pelaris filem di bioskop antarabangsa. Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Kamis, 15 September 2011

Apa hukumnya menyimpan patung di rumah sekadar untuk hiasan dan bukan untuk disembah?” Oleh Arow Doemai

Seorang muslim tidak
diperbolehkan untuk
menggantung gambar atau pun
menghiasi rumahnya dengan hai
wan yang diawetkan, sama ada
diletakkan di atas meja ataupun kursi, hal itu disebabkan
keumuman hadis dari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang
menjelaskan tentang haramnya
menggantung gambar dan
meletakkan patung di dalam rumah atau tempat-tempat
lainnya. Kerana benda-benda
tersebut merupakan sarana
untuk berlaku syirik kepada Allah,
dan dalam hal-hal yang demikian
terdapat penyerupaan terhadap makhluk ciptaan Allah dan
perbuatan tersebut sama seperti
perbuatan menentang Allah. Adapun perbuatan menyimpan
haiwan yang diawetkan adalah
perbuatan yang merosakkan,
padahal syari’at Islam yang
sempurna diturunkan untuk
membersihkan segala macam perantara (tawassul) atau
sarana yang dapat membawa
kepada kemusyrikan dan
kesesatan. Hal yang demikian
pernah terjadi pada kaum Nuh di
mana mereka melakukan kemusyrikan disebabkan lukisan
yang menggambarkan lima orang
sholeh pada masa mereka. Kaum
Nuh memasang/meletakkan
lukisan tersebut di majlis-majlis,
sebagaimana yang Allah terangkan dalam al-Qur’an
dengan firman-Nya, ”Dan mereka berkata, Jangan
sekali-kali kamu meninggalkan
(penyembahan) tuhan-tuhan
kamu dan jangan pula sekali-kali
kamu meninggalkan
(penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan
nasr’. Dan sesudahnya mereka
telah menyesatkan kebanyakan
(manusia).” (Surah Nuh: 23-24) Maka, kita harus bersikap
berhati-hati terhadap
penyerupaan orang-orang dalam
perbuatan mereka yang mungkar
yang dapat menjerumuskan kita
kepada kemusyrikan.Dalam sebuah hadis sahih dari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam,
bahawa beliau berkata kepada Ali
bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu. “Janganlah engkau tinggalkan
patung kecuali engkau telah
membuatnya menjadi tidak
berbentuk, dan jangan pula
meninggalkan kuburan yang
menjulang tinggi (membukit) kecuali engkau
meratakannya.” (Hadis Riwayat
Muslim dalam al-Jana’iz, no. 969) Dalam hadis lain, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda, “Orang yang paling mendapat
siksa pada hari kiamat adalah
para pembuat gambar (pelukis)
.” (Hadis Riwayat al-Bukhari
dalam Kitab Pakaian, no. 5959.
Muslim dalam bab yang sama, 2109) Banyak sekali hadis yang
menerangkan tentang hal ini.
Semoga Allah memberikan
petunjuk. ((Rujukan: Ibn Baz, Kitab
Ad-Da’wah, hal. 18-19. Disalin
dari buku al-Fatawa asy- Syar’iyyah fi al-Masa’il al-
Ashriyyah min Fatawa Ulama al-
Balad al-Haram, Edisi Indonesia -
Fatwa-Fatwa Terkini-3, Terbitan
Darul Haq)

Minggu, 11 September 2011

101 Alasan Mengapa Saya Pakai Jilbab by: Ustadchandra blogs

1. Menjalankan syi’ar Islam. 2. Berniat untuk ibadah. 3. Menutup aurat terhadap
yang bukan muhrim. 4. Karena saya ingin ta’at
kepada Allah yang telah
menciptakan saya,
menyempurnakan kejadian,
memberi rizki, melindungi,
dan menolong saya. 5. Karena saya ingin ta’at
kepada Rasul-Nya,
pembimbing ummat dengan
risalah beliau. 6. Untuk memperoleh Ridho
Allah (InsyaAllah). 7. Merupakan wujud tanda
bersyukur atas nikmat-Nya
yang tiada putus. 8. Seluruh ulama sepakat
bahwa hukum mengenakan
jilbab itu wajib. 9. Agar kaum wanita menutup
auratnya. 10. Bukan karena gaya-
gayaan. 11. Bukan karena mengikut
trend. 12. Bukan karena berlagak sok
suci. 13. Lebih baik sok suci dari
pada sok zholim ^_^ . 14. Tidak sekadar bermaksud
agar berbeda dari yang
lain. 15. Meninggikan derajat wanita
dari belenggu kehinaan
yang hanya menjadi objek
nafsu semata. 16. Jilbab cocok untuk semua
wanita yang mau menjaga
dirinya dari objek nafsu
semata. 17. Saya ingin menjadi wanita
solihah. 18. Saya tengah berusaha
mencapai derajat teqwa. 19. Jilbab adalah pakaian
taqwa. 20. Jilbab adalah identitas
wanita muslimah. 21. Diawali dengan mengenakan
jilbab, saya ingin menapak
jalan ke surga. 22. Menjauhkan diri dari azab
panasnya api neraka di
hari kemudian. 23. Istri-istri Rasulullah
berbusana muslimah. 24. Para sahabiah (sahabat
Rasulullah yang wanita)
juga berbusana muslimah. 25. Mereka merupakan
panutan seluruh muslimah,
begitu juga saya. 26. Semoga Allah memberikan
kepada kita balasan jannah
yang sama seperti mereka. 27. Untuk meninggikan izzah
Islam. 28. Untuk meninggikan izzah
(kemuliaan) diri sebagai
wanita (muslimah). 29. Jilbab lebih melindungi diri. 30. Membuat saya lebih merasa
aman. 31. Menjaga diri dari gangguan
lelaki usil. 32. Menjaga diri dari obyek
pandangan lelaki yang
hanya ingin ‘cuci mata’. 33. Menjaga diri dari objek
syahwat lelaki. 34. Menjaga diri dari mata
lelaki yang jelalatan. 35. Menjaga diri dari tangan-
tangan usil yang ingin
menjamah. 36. Menghin dari zina mata dan
zina hati. 37. Merupakan pencegahan
dari perbuatan zina itu
sendiri. 38. Jilbab dapat menghindari
saya dari sikap-sikap yang
negatif. 39. Jilbab dapat menghapus
keinginan-keinginan yang
menyimpang. 40. Membuat saya lebih
bersahaja. 41. Membuat saya lebih
khusyu’. 42. Mejauhkan saya dari
perbuatan dosa (insyaAllah)
. 43. Membuat saya malu bila
berbuat dosa. 44. Mendekatkan saya pada
Allah. 45. Mendekatkan saya pada
Rasulullah. 46. Mendekatkan saya pada
nabi-nabi-Nya. 47. Mendekatkan saya pada
sesama muslim. 48. Mendekatkan saya pada
ajaran Islam. 49. Membuat saya tetap ingin
belajar tentang Islam. 50. Membuat saya selalu
merasa haus akan ajaran
Islam. 51. Membuat saya tetap ingin
menjalankan ajaran Islam. 52. Ajaran Islam berlaku
sepanjang masa, tidak ada
yang kuno. 53. Berjilbab bukan sesuatu
yang kuno. 54. Mengatakan berjilbab itu
kuno berarti telah
menggugat otoritas Allah. 55. Allah Yang Maha
Mengetahui lebih tahu apa
yang terbaik bagi ummat-
Nya. 56. Berjilbab, berarti
menandakan kemajuan
penerapan ajaran Islam di
masa kini. 57. Merupakan satu barometer
telah terbentuknya suatu
lingkungan yang Islami. 58. Membedakan diri dari
penganut agama lain. 59. Memudahkan dalam
pengidentifikasian sesama
saudari seiman. 60. Memperkuat tali silaturahmi
dan ukuwah sesama
muslimah. 61. Menghilangkan keraguan
saya bila ingin menyapa
saudari muslimah. 62. Memudahkan menanamkan
rasa sayang-menyayangi
sesama saudara/saudari
seiman. 63. Membuat saya lebih
terlihat anggun. 64. Membuat saya terlihat
menyenangkan. 65. Membuat saya lebih
terlihat wanita. 66. Tidak terlihat seperti laki-
laki. 67. Membuat saya selalu
berada dalam lingkungan
yang Islami. 68. Jilbab menjaga saya dari
pergaulan yang salah. 69. Memudahkan saya, dengan
ijin Allah, mengenal lelaki
yang salih. 70. Wanita yang baik (salihah)
dengan lelaki yang baik
(salih) pula. 71. Mudah-mudahan saya
diberi jodoh lelaki yang
salih. 72. Jodoh merupakan urusan
Allah. 73. Dengan keta’atan pada
Allah, Allah akan
memberikan kemudahan-
Nya. 74. Memudahkan saya dalam
beraktifitas.. 75. Membuat lebih mudah
bergerak. 76. Jilbab menjagaku sehingga
tidak terlihat lekuk-lekuk
tubuh 77. Sangat repot bila memakai
pakaian wanita seperti
trend saat ini (yang ketat). 78. Saya tidak suka memakai
celana jeans. 79. Celana jeans yang ketat
dapat menyebabkan
kanker rahim karena suhu
di sekitar rahim tidak
beraturan. 80. Menghemat waktu dalam
berpakaian. 81. Menghemat waktu dalam
berhias. 82. Tidak perlu repot-repot
selalu berusaha mengikuti
trend mode yang
berkembang. 83. Menghemat biaya untuk
membeli pakaian yang
sedang trend. 84. Menghemat biaya untuk
membeli make up. 85. Melindungi kulit wajah dari
make up yang dapat
merusak kulit. 86. Melindungi kulit dari
sengatan sinar matahari. 87. Meminimalkan penyakit
kanker kulit. 88. Sengatan matahari dapat
mengurangi kelembaban
kulit sehingga kulit jadi
kering. 89. Meminimalkan munculnya
bintik-bintik hitam pada
permukaan kulit akibat
perubahan pigmen di usia
tertenu. 90. Melindungi rambut dari
debu-debu yang
berterbangan. 91. Debu-debu itu dapat
mengotori rambut dan
menyebabkan rambut
mudah rontok yang
berakibat kebotakan. 92. Menuntun saya untuk
hidup lebih sederhana. 93. Menghindari hidup yang
konsumtif. 94. Membuat diri tidak silau
dengan kemegahan dunia
dan segala perhiasannya. 95. Membuat saya lebih
memikirkan hal lain selain
mode dan perhiasan. 96. Menempatkan wanita
menjadi subjek dalam
proses pembangunan
ummat. 97. Lebih mudah dalam
menabung. 98. Memiliki kesempatan untuk
melakukan ibadah haji. 99. Memiliki kesempatan lebih
banyak untuk berinfaq dan
sedekah. 100. Itu berarti lebih banyak
beramal untuk bekal di hari
kemudian. 101. Membuat saya merasa
menjadi wanita seutuhnya. Sebenarnya, pasti alasannya
lebih dari 101, lebih banyak dari
itu.

Kamis, 08 September 2011

MEMBERSIHKAN DIRI DAN CARA MEMISAHKAN HARTA YANG HARAM

September 8th, 2011 | 6:00 pm | Harta, Muamalat | Assalamualaikum! Seorang yang bertaubat, dan dalam simpanannya ada sesuatu barang haram yang sudah tertentu bendanya, seperti yang diambilnya dari rampasan atau yang diamanahkan kepadanya atau sebagainya, maka perkaranya senang sekali; iaitu hendaklah ia memisahkan benda haram itu berasingan dan kembalikan kepada pemiliknya atau warisnya. Sekiranya benda itu telah bercampur aduk, ataupun tidak dapat dipisahkan, misalnya benda yang serupa bentuknya seperti biji-bijian, mata wang, minyak; ataupun benda-benda yang boleh ditentukan seperti rumah atau pakaian, ataupun benda- benda yang serupa jenisnya dan yang biasa berlaku pada harta kekayaan, seperti seorang yang mendapat wang menerusi perniagaan tetapi dia pernah berbohong dalam setengah perniagaannya ataupun seperti seorang yang mencuri minyak lalu ia mencampurkan minyak itu dengan minyak yang dipunyainya,
demikian pula jika dia melakukan yang sama pada biji-bijian, atau wangnya. Hukumnya jika benda yang dicampurkan itu diketahui kadarnya, seperti dia mengetahui bahawa separuh dari jumlah hartanya itu adalah haram, maka wajiblah ia memisahkan kadar yang separuh lagi. Tetapi jika ia terkeliru, maka baginya ada dua jalan: 1. Berpegang kepada apa yang diyakininya. 2. Berpegang kepada yang lebih diberatkan oleh sangkaanya. Mengambil sikap yang pertama lebih utama dari segi kewara’an,
iaitu dengan memiliki hanya kadar yang sudah diyakini oleh dirinya sebagai halal saja. Masalah: Barangsiapa mewarisi harta pusaka, sedang ia tiada mengetahui dari mana harta itu diperolehi oleh orang yang mewariskannya (orang mati itu); apakah dari usaha yang halal ataupun dari usaha yang haram dan tiada pula tanda-tanda yang menentukan perkara sebenar tentang harta itu, maka para ulama sepakat menghukumkan bahawa harta itu halal. Tetapi jika ia mengetahui bahawa
harta itu bercampur dengan yang haram, malangnya ia tiada mengetahui berapa kadarnya; maka dalam misal seumpama ini hendaklah ia mengeluarkan kadar yang disangsikan haram itu setelah ia menghalusi perkara itu. Sekiranya ia mengetahui, bahawa sebahagian dari hartanya diperolehi secara penganiyaan, maka wajiblah ia mengeluarkan kadar yang disangsikan itu dengan berijtihad. Ada pula setengah ulama mengatakan, tidak wajib ia mengeluarkan bahagian itu, dan dosanya tertimpa atas orang yang mewariskan harta itu.

Tak Ada Selingkuh Aman

Posted: 07 Sep 2011 08:18
PM PDT Tak Ada Selingkuh Aman - Betapa miris hati ini membaca halaman pertama sebuah surat kabar yang terbit di Jawa Timur kemarin;
tiga menteri selingkuh. Di internet, kabar itu juga beredar luas. Belum ada bukti apakah itu fakta yang benar-benar terjadi. Namun ia menjadi potret fenomena betapa zina telah menyebar dan menjadi bencana.
Tak Ada Selingkuh Aman
Bukankah selingkuh adalah zina? Dan betapa kelamnya masa depan negeri ini jika penyakit moral itu tak dihambat. Apalagi jika pelaku selingkuh bukan hanya orang biasa, namun sudah level pejabat. Daya destruktifnya akan makin cepat.
Tak Ada Selingkuh Aman
Selingkuh yang sampai direkam detail oleh media, lalu diketahui secara luas oleh anak bangsa, apa namanya kalau bukan kategori tampak kasat. Selingkuh yang terang- terangan, ia lebih mengundang murka dan siksa
Tuhan. "Tidaklah tampak (terang-terangan) pada suatu kaum perkara riba dan
perzinaan," Rasulullah memperingatkan dalam riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban, "melainkan mereka telah menghalalkan siksa Allah atas diri mereka."
Tak Ada Selingkuh Aman
Dari hadits berderajat hasan itu, kita jadi tahu: daya destruktif selingkuh bukan hanya menghancurkan keluarga, namun juga bisa menghancurkan negara.
Tak Ada Selingkuh Aman
Memikirkan hancurnya keluarga akibat selingkuh saja, semestinya membuat suami atau istri yang melakukannya segera menarik diri. Selingkuh adalah khianat, dan seharusnya ketika ada niat saja pelakunya harus bertaubat. Pengkhianatan kepada pasangan hidup adalah hal yang sangat menyakitkan. Ia jauh lebih sakit dari siksaan paling pedih yang mungkin terbayangkan. Mendapati orang yang dicintai mengkhianati, lalu menyerahkan diri dan kehormatannya pada orang lain yang tidak halal baginya, mungkin serasa kiamat datang sebelum waktunya. Kalaupun tidak berakhir dengan perceraian, rumah tangga yang berjalan di belakangnya perselingkuhan adalah rangkaian hari-hari penuh siksaan; pikiran, perasaan, kejiwaan. Akumulasinya berwujud dendam. Akumulasinya berbentuk balasan. Tanpa iman, dendam dan balasan berbuah hal yang sama; perselingkuhan dibalas perselingkuhan. Maka keluarga pun terjerumus pada lingkaran masalah yang sangat rumit dan sulit terselesaikan.
Tak Ada Selingkuh Aman
Mungkin ada perselingkuhan yang tidak diketahui oleh pasangan. Ia bisa saja tak melahirkan banyak masalah di atas. Namun tetap saja akan ada rasa bersalah. Dan kebohongan yang dibiasakan akan selalu memunculkan kebohongan berikutnya yang lebih besar. Lalu sampai kapan bau busuk pengkhianatan itu tidak tercium orang? Kalaupun Allah menutupinya, itu adalah kesempatan untuk bertaubat segera. Dan malulah kita bahwa keterhormatan dalam pandangan manusia hanyalah karena Allah menutup aib kita. Malulah pada-Nya.
Tak Ada Selingkuh Aman
Efek selingkuh berikutnya akan mengenai buah hati; para pewaris dan generasi penerus yang paling diharapkan. Pada mulanya, perhatian pada anak-anak menjadi berkurang. Mereka pun tak cukup asupan kasih sayang. Tahap berikutnya ketika rasa kesal, marah dan kecewa terlampiaskan pada mereka; anak-anak yang tak berdosa. Jadilah mereka sasaran. Dalam ketidaktahuan,
ketidakmengertian,
pertumbuhan mereka terhambat oleh kemarahan, umpatan, dan kebencian orang tuanya. Penyesalan biasanya baru datang jika mereka terjerat masalah besar karena pelarian; narkoba dan sejenisnya. Ada suami istri yang kemudian memperbaiki hubungannya dan memulai lagi kehidupan harmonis mereka; namun pajak yang dibayar sudah terlalu mahal. Rehabilitasi bukan hanya menyedot aset dan simpanan keluarga, tetapi juga menarik habis kepercayaan dan modal sosial.
Tak Ada Selingkuh Aman
Lebih jauh, perselingkuhan akan memburamkan tata masyarakat dan negara. Perselingkuhan butuh biaya, menutupi kebohongan butuh biaya. Ia pun menyeret pelakunya pada korupsi dan cara-cara kotor sejenisnya. Betapa banyak orang yang berani menggelapkan uang karena perselingkuhan. Betapa banyak orang yang berani korupsi untuk membahagiakan sekaligus merahasiakan selingkuhan. Belum lagi bayi-bayi yang lahir tanpa kejelasan indentitasnya; itu sebenarnya anak siapa. Atau lebih tragis lagi adalah pembunuhan bayi sebelum ia sempat lahir ke dunia ini; aborsi.
Tak Ada Selingkuh Aman
Merenungkan lebih jauh akibat selingkuh di akhirat, azabnya sungguh sangat pedih dan maha dahsyat. Jika
Sang Nabi menjelaskan menyentuh kulit saja lebih berat dari pada ditusuk jarum besi, apatah lagi jika bukan hanya kulit yang bersentuhan.
Tak Ada Selingkuh Aman
Mari berpikir ulang seraya beristighfar agar kita tak terjerat perselingkuhan; meskipun ia masih berupa benih dalam angan-angan dan pikiran. Sadarilah, tak ada selingkuh yang aman. [Muchlisin]

Senin, 05 September 2011

KEINDAHAN IBADAT SEPANJANG RAMADHAN DITUAI DALAM SYAWAL

RAMADAN sudah pun berlalu dan kini Syawal meriah dirai. Semoga hati, jiwa, akal dan fizikal yang dilatih sepanjang Ramadan dengan ibadat khusus dan kesabaran bekerja, membuahkan keriangan serta kepuasan berhari raya penuh kesyukuran. Walaupun kemenangan yang diraikan itu cumalah sehari, amalan kunjung-mengunjungi, ziarah-menziarahi, bermaaf- maafan, saling mengucapkan selamat dan menjamu tetamu dalam rumah terbuka ada kala berlarutan kemeriahannya sehingga sebulan. Budaya ini pula bukan sekadar dirai antara keluarga, sanak saudara serta jiran tetangga tetapi juga bersama golongan anak yatim, kurang upaya, rakan
taulan serta teman sepejabat. Kemeriahan ini mengeratkan hubungan silaturahim dan persahabatan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat dan jauh, teman sejawat, ibu hamil dan hamba sahayamu.” (Surah al-Nisa’, ayat 36) Perlu diingatkan, nilai murni ini tidak sekadar diamalkan pada musim perayaan tetapi bulan selanjutnya. Ia juga janganlah hanya dizahirkan dalam kalangan sanak saudara dan jiran tetangga, sebaliknya hendaklah diamalkan sepanjang masa dan di mana juga berada. Inilah sebenarnya keindahan akhlak daripada ibadat Ramadan yang dituai buahnya dalam Syawal. Sesungguhnya nilai itu bukan sekadar mengeratkan tetapi juga mengundang keberkatan rezeki, masa dan umur. Sabda Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud: “Barang siapa suka untuk dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Menurut Imam al-Nawawi, yang dimaksudkan dengan pertambahan umur dan rezeki hasil daripada hubungan silaturahim ialah keberkatan serta taufik sebagai natijah masa diluangkan untuk kerja serta hubungan yang bermanfaat. Imam al-Syafie juga menekankan supaya manusia sentiasa menyibukkan diri dengan kebaikan kerana jika tidak, dirinya akan disibukkan dengan kebatilan. Walau bagaimanapun amalan berteraskan nilai akhlak ini perlu dilakukan dengan hati yang bersih, suci daripada sifat mazmumah seperti bertujuan membanggakan diri, menunjuk- nunjuk, memandang rendah kepada kurang berada, berpura- pura dalam persaudaraan, iri hati
dan sifat berlebihan yang membawa kepada pembaziran. Kesemua sifat ini boleh memakan kebaikan yang dilakukan. Benarlah kata-kata Saidina Ali yang dipetik dalam buku Nahj al- Balaghah, hati ibarat bumi yang menerima apa saja yang ditanam. Dan apa yang dituai nanti adalah hasil daripada apa ditanam. Ertinya, jika hati ditanam dengan kemanisan hidup bersaudara nescaya itulah yang akan dirasai. Oleh itu, marilah kita berusaha memastikan apa juga benih ditabur dalam ‘bumi hati’ adalah benih yang subur dan bermanfaat supaya pintu rumah dan pintu pejabat yang terbuka luas menyambut kehadiran tetamu berkunjung disambut bersama hati luhur dan kaya dengan kesantunan diri. Sebab itulah Rasulullah SAW meletakkan tiga pantang larang dalam menjalinkan perhubungan iaitu tiga pantang larang untuk menjaga dirinya dan tiga pantang larang terhadap orang lain. Pantang larang untuk menjaga diri ialah jangan suka berdebat, menyombong diri dan melakukan perbuatan tidak bermanfaat, manakala terhadap orang lain pula ialah jangan mencela, mengejek dan mencari kesalahan orang lain. (Hadis riwayat al- Termizi) Pantang larang ini jika kita sama-sama mengawal diri serta menjaga supaya tidak melanggarinya akan melahirkan kebahagiaan dan keamanan dalam apa juga hubungan sosial. Pada masa sama, budaya ini perlu disemarakkan dalam kehidupan berorganisasi supaya dapat mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja. Kesannya, pekerja ceria, pelanggan mendapat kepuasan manakala kerja dilakukan pula boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan walaupun ada kala berdepan dengan kerenah atau kesukaran. Ini menjadikan silaturahim antara warga organisasi tanpa mengira kedudukan umpama satu keluarga. Budaya hidup secara berakhlak dan harmoni adalah sunnah Nabi SAW yang amat dituntut kepada umat Baginda bagi mencerminkan keindahan ajaran Islam. Oleh itu, marilah kita bersama memelihara serta membudayakannya di mana
juga kita berada dan dalam apa juga urusan yang dilakukan. Amalan baik apabila terus dilakukan akan menjadi budaya dan budaya baik akan mencerminkan kekuatan sesebuah masyarakat, bangsa yang kuat akan mampu menjadi contoh kepada yang lain. Apabila ‘kitaran amal salih’ ini berterusan, maka setiap daripada mereka sama ada yang mencetuskan idea, menunjuk cara, mengatur strategi, mengawal selia, melaksana, meniru cara, menerima manfaat manakala organisasi dan negara dilimpahi rahmat, keberkatan serta mendapat keampunan.
: Islam itu indah

Sabtu, 03 September 2011

Keutamaan Menunggu Sholat

1058. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seseorang di antara engkau semua itu masih tetap dianggap dalam shalat, selama shalat itu menyebabkan ia tertahan. jadi tidak ada yang menghalang-halangi ia untuk kembali ke tempat keluarga itu melainkan kerana menantikan shalat." (Muttafaq �alaih) 1059. Dari Abu Hurairah r.a., pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dan malaikat itu mendoakan kepada seseorang di antara engkau semua supaya mendapatkan kerahmatan, selama orang itu masih ada di dalam tempat shalatnya yang ia bersembahyang di situ, juga selama ia belum berhadas. Malaikat itu mengucapkan: "Ya Allah, ampunilah orang itu, ya Allah, belas kasihanilah ia." (Riwayat Bukhari) 1060. Dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengakhirkan shalat Isya� pada suatu malam sampai ke pertengahan malam, kemudian beliau s.a.w. menghadap - kepada orang banyak - dengan wajahnya setelah selesai bersembahyang, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Orang-orang sudah bersembahyang dan mereka telah tidur dan engkau semua senantiasa dianggap dalam melakukan shalat, sejak engkau semua menantikan shalat itu." (Riwayat Bukhari) Keutamaan Shalat Jama�ah 1061. Dari Ibnu Umar radhiallahu �anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz - yakni sendirian -dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat." (Muttafaq �alaih) 1062. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Shalatnya seseorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi shalatnya di rumahnya secara sendirian - munfarid - atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali lipatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana bahawasanya apabila seseorang itu berwudhu� lalu memperbaguskan cara wudhu�nya, kemudian keluar ke masjid, sedang tidak ada yang menyebabkan keluarnya itu melainkan kerana hendak bersembahyang, maka tidaklah ia melangkah sekali langkah, melainkan dinaikkanlah untuknya sedarjat dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan. Selanjutnya apabila ia bersembahyang, maka para malaikat itu senantiasa mendoakan untuknya supaya ia memperolehi kerahmatan Allah, selama masih tetap berada di tempat shalatnya, juga selama ia tidak berhadas. Ucapan malaikat itu ialah: "Ya Allah, berikanlah kerahmatan pada orang itu; ya Allah, belas-kasihanilah ia." Orang tersebut dianggap berada dalam shalat, selama ia menantikan shalat - jamaah." (Muttafaq �alaih) Ini adalah lafaznya Imam Bukhari. 1063. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ada seorang lelaki buta matanya datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, saya ini tidak mempunyai seorang pembimbing yang dapat membimbing saya untuk pergi ke masjid," lalu ia meminta kepada Rasulullah s.a.w. supaya diberi kelonggaran untuk bersembahyang di rumahnya saja, kemudian beliau s.a.w. memberikan kelonggaran padanya. Setelah orang itu menyingkir, lalu beliau s.a.w. memanggilnya dan berkata padanya: "Adakah engkau mendengar azan shalat?" Orang itu menjawab: "Ya, mendengar." Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Kalau begitu, kabulkanlah isi azannya itu." Maksudnya: Datanglah untuk mengikuti jamaah, kalau menghendaki banyak fadhilah. (Riwayat Muslim) 1064. Dari Abdullah, ada yang mengatakan: �Amr bin Qais yang terkenal dengan sebutan Ibnu Ummi Maktum, seorang muazzin r.a. bahawasanya ia berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Madinah ini banyak sekali binatang melatanya - seperti ular, kala dan Iain-Iain - juga banyak binatang buasnya." Kemudian Rasulullah s.a.w. ber-sabda: "Apakah engkau mendengar ucapan Hayya �alas shalah dan Hayya �alal falah? - maksudnya: Apakah engkau mendengar bunyi azan? Kalau memang mendengar, maka marilah datang ke tempat berjamaah." Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan. Hayya �ala ertinya marilah datang. 1065. Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan- Nya, nescayalah saya telah bersengaja hendak menyuruh supaya diambilkan kayu bakar, lalu dicarikanlah kayu bakar itu, kemudian saya menyuruh supaya shalat dilakukan dengan dibunyikan azan dahulu untuk shalat .tadi, selanjutnya saya menyuruh seseorang lelaki untuk menjadi imamnya orang banyak - dalam shalat jamaah itu, seterusnya saya sendiri pergi ke tempat orang-orang lelaki - yang tidak ikut berjamaah - untuk saya bakar saja rumah-rumah mereka �tu." (Muttafaq �alaih) 1066. Dari Ibnu Mas�ud r.a.,katanya: "Barangsiapa yang senang kalau menemui Allah Ta�ala besok - pada hari kiamat - dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia menjaga shalat- shalat fardhu ini di waktu ia dipanggil untuk mendatanginya - yakni jika sudah mendengar azan, sebab sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabimu semua s.a.w. beberapa jalan petunjuk dan sesungguhnya shalat-shalat itu adalah termasuk sebahagian dari jalan-jalan petunjuk tersebut. Andaikata engkau semua sama bersembahyang dalam rumah- rumahmu sendiri sebagaimana shalatnya orang yang suka meninggalkan jamaah itu, yakni yang bersembahyang dalam rumahnya, nescayalah engkau semua telah meninggalkan sunnah Nabimu, selanjutnya jikalau engkau semua telah meninggalkan sunnah Nabimu, maka nescayalah engkau semua tersesat. Sungguh-sungguh saya telah melihat sendiri bahawa tidak ada seorang pun yang suka meninggalkan shalat-shalat - itu dengan berjamaah -melainkan ia adalah seorang munafik yang dapat dimaklumi ke-munafikannya. Sungguh ada pula seseorang itu yang didatangkan untuk menghadhiri shalat jamaah itu, ia disandarkan antara dua orang lelaki sehingga ia ditegakkan di dalam saf - kerana ia mengetahui betapa besar fadhilahnya shalat berjamaah itu." (Riwayat Muslim) Dalam lain riwayat Imam Muslim disebutkan, katanya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. itu mengajarkan kepada kita akan jalan-jalan petunjuk dan sesungguhnya termasuk salah satu dari jalan-jalan petunjuk itu ialah melakukan shalat di masjid yang diazankan di situ - yakni shalat-shalat yang dilakukan dengan jamaah. 1067. Dari Abuddarda� r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada tiga orang pun Maka dari itu, hendaklah engkau semua tetap menjaga jamaah, sebab hanyasanya serigala itu dapat makan dari kambing yang jauh - yakni yang terpencil dari kawanannya." Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan. yang berada dalam suatu kampung atau suatu desa yang di kalangan mereka tidak didirikan shalat - jamaah, melainkan syaitan telah dapat memenangkan mereka itu. Maka dari itu, hendaklah engkau semua tetap menjaga jamaah, sebab hanyasanya serigala itu dapat makan dari kambing yang jauh - yakni yang terpencil dari kawanannya."a sedarjat dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan. Selanjutnya apabila ia bersembahyang, maka para malaikat itu senantiasa mendoakan untuknya supaya ia memperolehi kerahmatan Allah, selama masih tetap berada di tempat shalatnya, juga selama ia tidak berhadas. Ucapan malaikat itu ialah: "Ya Allah, berikanlah kerahmatan pada orang itu; ya Allah, belas-kasihanilah ia." Orang tersebut dianggap berada dalam shalat, selama ia menantikan shalat - jamaah." (Muttafaq �alaih) Ini adalah lafaznya Imam Bukhari. 1063. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ada seorang lelaki buta matanya datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, saya ini tidak mempunyai seorang pembimbing yang dapat membimbing saya untuk pergi ke masjid," lalu ia meminta kepada Rasulullah s.a.w. supaya diberi kelonggaran untuk bersembahyang di rumahnya saja, kemudian beliau s.a.w. memberikan kelonggaran padanya. Setelah orang itu menyingkir, lalu beliau s.a.w. memanggilnya dan berkata padanya: "Adakah engkau mendengar azan shalat?" Orang itu menjawab: "Ya, mendengar." Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Kalau begitu, kabulkanlah isi azannya itu." Maksudnya: Datanglah untuk mengikuti jamaah, kalau menghendaki banyak fadhilah. (Riwayat Muslim) 1064. Dari Abdullah, ada yang mengatakan: �Amr bin Qais yang terkenal dengan sebutan Ibnu Ummi Maktum, seorang muazzin r.a. bahawasanya ia berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Madinah ini banyak sekali binatang melatanya - seperti ular, kala dan Iain-Iain - juga banyak binatang buasnya." Kemudian Rasulullah s.a.w. ber-sabda: "Apakah engkau mendengar ucapan Hayya �alas shalah dan Hayya �alal falah? - maksudnya: Apakah engkau mendengar bunyi azan? Kalau memang mendengar, maka marilah datang ke tempat berjamaah." Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan. Hayya �ala ertinya marilah datang. 1065. Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan- Nya, nescayalah saya telah bersengaja hendak menyuruh supaya diambilkan kayu bakar, lalu dicarikanlah kayu bakar itu, kemudian saya menyuruh supaya shalat dilakukan dengan dibunyikan azan dahulu untuk shalat .tadi, selanjutnya saya menyuruh seseorang lelaki untuk menjadi imamnya orang banyak - dalam shalat jamaah itu, seterusnya saya sendiri pergi ke tempat orang-orang lelaki - yang tidak ikut berjamaah - untuk saya bakar saja rumah-rumah mereka �tu." (Muttafaq �alaih) 1066. Dari Ibnu Mas�ud r.a.,katanya: "Barangsiapa yang senang kalau menemui Allah Ta�ala besok - pada hari kiamat - dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia menjaga shalat- shalat fardhu ini di waktu ia dipanggil untuk mendatanginya - yakni jika sudah mendengar azan, sebab sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabimu semua s.a.w. beberapa jalan petunjuk dan sesungguhnya shalat-shalat itu adalah termasuk sebahagian dari jalan-jalan petunjuk tersebut. Andaikata engkau semua sama bersembahyang dalam rumah- rumahmu sendiri sebagaimana shalatnya orang yang suka meninggalkan jamaah itu, yakni yang bersembahyang dalam rumahnya, nescayalah engkau semua telah meninggalkan sunnah Nabimu, selanjutnya jikalau engkau semua telah meninggalkan sunnah Nabimu, maka nescayalah engkau semua tersesat. Sungguh-sungguh saya telah melihat sendiri bahawa tidak ada seorang pun yang suka meninggalkan shalat-shalat - itu dengan berjamaah -melainkan ia adalah seorang munafik yang dapat dimaklumi ke-munafikannya. Sungguh ada pula seseorang itu yang didatangkan untuk menghadhiri shalat jamaah itu, ia disandarkan antara dua orang lelaki sehingga ia ditegakkan di dalam saf - kerana ia mengetahui betapa besar fadhilahnya shalat berjamaah itu." (Riwayat Muslim) Dalam lain riwayat Imam Muslim disebutkan, katanya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. itu mengajarkan kepada kita akan jalan-jalan petunjuk dan sesungguhnya termasuk salah satu dari jalan-jalan petunjuk itu ialah melakukan shalat di masjid yang diazankan di situ - yakni shalat-shalat yang dilakukan dengan jamaah. 1067. Dari Abuddarda� r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada tiga orang pun Maka dari itu, hendaklah engkau semua tetap menjaga jamaah, sebab hanyasanya serigala itu dapat makan dari kambing yang jauh - yakni yang terpencil dari kawanannya." Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan. yang berada dalam suatu kampung atau suatu desa yang di kalangan mereka tidak didirikan shalat - jamaah, melainkan syaitan telah dapat memenangkan mereka itu. Maka dari itu, hendaklah engkau semua tetap menjaga jamaah, sebab hanyasanya serigala itu dapat makan dari kambing yang jauh - yakni yang terpencil dari kawanannya."

Kamis, 01 September 2011

Menjadi Karyawan Dengan Pankat Dan Gaji Cepat Meninkat

Ini rahasia nya: Bisa dipercaya.
Punya nilai tambah.
Berperilaku menyenangkan.
Dikenal orang yang tepat dalam
jumlah yang banyak.
Mari kita bahas satu persatu Rahasia di atas. 1. Bisa Dipercaya. Tidak bisa dipercaya tidak ada
karir! Selesai. Titik. Hal ini adalah
syarat mutlak dalam berkarir.
Kadang ujian bisa dipercaya atau
tidak sangat tipis. Misal waktu
saya menjadi wakil pemimpin, saya tidak tahu bahwa
penggunaan telpon pribadi
dimonitor oleh atasan saya.
Untung saat itu setiap bulan saya
minta print penggunaan telpon
dengan kode password saya dan penggunaan interlokal pribadi
saya keluarkan dan saya bayar
pribadi.
Saya baru tahu ketika wakil
pemimpin yang lain marah-marah
karena diminta membayar penggunaan telpon pribadi. Juga anda tidak pernah tahu anda
sedang di tes atau tidak oleh
atasan anda.
Contoh satu hari saya diminta oleh
Wakil Presiden Direktur untuk
mendatangi sebuah perusahaan, dan oleh pemilik perusahaan
tersebut saya diberi amplop
ucapan terima kasih dan tentu
saja ini adalah
hal terlarang di perusahaan saya,
maka saya tolak. Eh sore harinya saya di telpon oleh Wapresdir yang
merangkap Kepala Divisi HRD
(sekaligus anak pemilik
perusahaan!), diberi ucapan
selamat bahwa saya lolos tes,
dan siap untuk dipromosi jadi pemimpin cabang! Bisa terbayang
bila saat itu saya tidak lolos tes.
Tidak ada promosi.
Tidak ada karir lagi. Masuk daftar
black list. Tunjukkan anda bisa
dipercaya dalam hal besar maupun hal kecil. 2. Punya Nilai Tambah. Diakui atau tidak, sadar atau
tidak, ketika kita berkarir, kita
akan dibandingkan dengan rekan
kita.
Usahakan kita punya nilai tambah
lebih dari orang lain. Caranya: Ambil tanggung jawab lebih, kerja
ekstra.
Dan yang terbaik adalah jadi yang
Terbaik di Bidang yang sedang
dimonitor, atau kita buat atasan
mengetahui bidang yang kita terbaik. Cara jadi
yang terbaik; Secara sadar kita menentukan
bahwa kita mau jadi yang terbaik.
Alasan sangat kuat untuk menjadi
yang terbaik, demi orang-orang
yang kita cintai.
Belajar dari yang Terbaik. Ketika berkarir saya mendapatkan
prestasi Hasil Audit Terbaik di
Indonesia, Pertumbuhan Pemegang
Kartu ATM Terbesar,
Pertumbuhan Kartu Kredit
Terbesar, Tingkat Mati Mesin ATM Terendah Seluruh Indonesia dll.
Semua tercapai karena melakukan
tiga hal di atas. 3. Berperilaku Menyenangkan. Berarti kita sopan santun sesuai
dengan budaya perusahaan,
inisiatif menyelesaikan masalah
tanpa disuruh,
semangat, antusias, positif. Dan
sadar 3 T dalam berbicara. Timing, Teknik, dan Tempatnya. 4. Dikenal Orang yang Tepat dalam
Jumlah yang Banyak. Percuma kalau kita hebat hanya
dikenal oleh office boy. Pastikan
atasan yang kompeten menaikan
gaji,
serta mempromosikan kita tahu
kelebihan anda. Satu hal lagi, pastikan yang tahu bukan hanya
atasan kita langsung,
juga atasan kita yang lain, bahkan
atasan atau pemilik perusahaan
lain. Ikut organisasi, perkumpulan,
asosiasi. Berani tampil, jadi pengurus, jadi
ketua. Dulu saya aktif di Asosiasi
Management Indonesia, bahkan
sempat
menjadi Ketua Umum hampir satu
periode di kota Malang dan satu periode di kota Jakarta.
Dengan kita dikenal banyak orang
maka selain kita lebih dihargai di
dalam perusahaan, kita juga
dihargai di luar perusahaan. Akhir kata, semoga artikel ini
memberi strategi serta motivasi
sehingga karir anda terjadi
revolusi, naik pangkat dan naik
gaji dengan cepat! Salam Dahsyat Selalu! Tung Desem Waringin